ALL_FRIEND CHAT BOX
TinggaLkan Komen Anda Di Sini
SALAM UKHUWAH SALAM PERKENALAN
Kita ketahui menerapkan Islam secara menyeluruh merupakan suatu kewajiban. Ini tidak akan dapat dijalankan sepenuhnya tanpa kekuasaan dan Khilafah Islam merupakan satu-satunya bentuk kekuasaan yang sah di sisi syara'. Kini Khilafah tidak wujud. Mewujudkan Khilafah menjadi suatu kewajiban dan tanpa jamaah, kewajiban ini tidak akan dapat dijalankan. Dan selagi jamaah ini masih belum berjaya menegakkan Khilafah, maka di atas setiap pundak kaum Muslimin ada kewajiban untuk bersama-sama MENEGAKKAN ISLAM.
Kami hanyalah pemuda-pemuda yang inginkan keadaan aman damai, penuh keberkatan penuh, keadilan, dan jaminan ketenteraman dengan keindahan-keindahan yang datangnya dari islam.
Keindahan ini pada ketika dulu kita miliki "ISLAM YA'LU WALA YU'LA ALAIH" dahulunya kita dapat rasakan bersama. 1300 tahun. 14 abad kita pernah mengengam 2/3 dunia. Tp kini ianya pudar ditelan zaman. Lapuk dek usia. Islam kini hanya tinggal pada namanya...
X dapat dibayangkan bagaimana rasanya bila generasi kita akan datang, anak cucu cicit kita hidup makmur, aman tenteram, terjaga atau terjamin kehormatan mereka, tiada lagi penindasan terhadap islam, tiada lagi batasan terhadap mengembangkan islam, dan yang paling penting umat NABI MUHAMMAD INI KEMBALI BERSATU HATI, PEMERSATUAN SELURUH UMMAH BERLAKU DIHADAPAN MATA DENGAN KEHIDUPAN YANG MENERAPKAN ISLAM DAN SEGALA SISTEMNYA SERATUS PERATUS SEPERTI MANA SERUAN YANG TURUN DARI LANGIT (WAHYU @ KALAM ALLAH) ,
Sedarlah wahai saudara-saudaraku JANJI ALLAH ITU PASTI, JANJI RASUL ITU PASTI. IANYA AKAN SEGERA TEGAK BERDIRI, MENGUKUHKAN ISLAM YANG DULUNYA MATI, MENYELAMATKAN UMAT DARI PERKARA MERUSAK DIRI, MENYELAMATKAN PEMERINTAH DARI MENJADI BAKARAN API.
SESUNGGUHNYA SAAT ITU SEMAKIN HAMPIR.N AKAN SEMAKIN HAMPIR LAGI DENGAN DUKUNGAN SELURUH UMAT ISLAM YANG PENTINGKAN PEMERSATUAN UMMAH DAN PENEGAKKAN SYARIAH.
Kami menyeru kepada seluruh umat islam, tokoh-tokoh islam, pejuang-pejuang islam, pengembang-pengembang syariat islam, para pemerintah tertinggi, para ilmuwan yang sejati, para kedoktoran yang berpekerti, para pelajar yang tercari-cari, para penduduk perkotaan, pendesaan.
Sunday, October 31, 2010
Dosa Mengumpat
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. " wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : " Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.
Maka, dia berkata kepada Allah " Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :" Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
RELEVANNYA SILAT MASAKINI
Silat merupakan satu sumber warisan bangsa Melayu yang tidak boleh dinafikannya lagi sejak berzaman. Silat juga merupakan kaedah jati diri yang melahirkan pahlawan-pahlawan unggul seperti, Laksamana Hang Tuah, Dato Maharajalela, Datuk Bahaman dan lain-lain lagi. Suatu ketika dahulu, masyarakat amat memandang tinggi terhadap ketinggian ilmu seseorang termasuklah ilmu Agama Islam dan ilmu persilatan. Tidak kira aliran mana silat seseorang itu, tentunya akan diisi dengan ilmu tauhid yang menjadi pegangan setiap pesilat untuk berjalan dijalan yang lurus sebagaimana digariskan dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Penguasaan silat dizaman dahulu akan menjadikan taraf hidup seseorang itu berubah contohnya Laksamana Hang Tuah, beliau yang berasal dari keluarga hamba rakyat diangkat menjadi bangsawan kerana ilmu persilatan yang tinggi beliau dan berjaya mempertahankan maruah dirinya, bangsanya, agama dan tanah airnya yang tercinta daripada pengganas/ lanun.
Marilah kita semua menghayati perjuangan pahlawan-pahlawan kita terdahulu dalam memertabatkan maruah bangsa melayu hingga kini. Kita wajib menjaganya agar ianya tidak dirosakkan dan hilang ditelan zaman.
PESANAN NABI UNTUK UMAT AKHIR ZAMAN
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkata : Telah manasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yang menggentarkan hati kami dan kami menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasullullah ! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : Aku berwasiat akan kamu supaya bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisiahan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Al- Rasyidin Al Mahyidin (Khalifah-khalifah yang mengetahu kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah pekara-pekara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat"
Khasiat Buah Goji
2.meningkatkan keceriaan dan semangat anda
3.menghilangkan tekanan dan gelisah
4.membantu mengurangkan batuk kering yang kronik
5.meningkatkan memori dan memulih ingatan
6.menyokong fungsi buah pinggang
7. menguatkan otot dan tulang
8.meningkatkan kesuburan
9.menghalang loya dipringkat awal mengandung
10.merawat simptom-simptom menaupause
11.menyokong fungsi hati yang sihat
12. mengaktifkan fungsi enzim anti-radang
13.meningkatkan limfosit
14.membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel merah, sel-sel putih, platelet, dan
15.mengurangkan kesan toksik kemotrapi dan radiasi
16.menghalang tumbuhbesar tumor
17.menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan
18.digunakan sebagai rawatan kanser
19.meningkatkan respon imunisasi (T-cell, IL-2, IgA, IgG)
20.meningkatkan halangan kepada penyakit
Renungan Bersama
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
Amin Ya Rabbal A'lamin
Perempuan Di Zaman Jahiliah
peperangan.
- Penyanyi dihormati dan dipuji-puji
- Perkelahian yang disebabkan perempuan terjadi dimerata tempat.
- Perempuan dibawa berperang dan dijadikan habuan kepada yang menang
- Lelaki boleh berkahwin dengan seberapa banyak yang boleh
- Berkahwin dua beradik dalam satu masa
- Menggauli bekas ibu mertua malah dengan ibu kandung sendiri
- Talaq tidak punya had
- Zina berleluasa - orang2 jahiliah mengganggap zina tidak bersalah dan menakutkan.
PERKAHWINAN ZAMAN JAHILIAH ADA 4 CARA
1) Perkahwinan seperti hari ini... ada peminangan dan seterusnya berkahwin hanya bagi golongan bangsawan.
2) Seorang suami akan menyuruh isterinya pergi kpd seorg lelaki yang dipersetujui oleh suami, isteri akan balik apabila mengandung dan barulah sisuami mengauli isterinya dgn tujuan unt. mendapat anak yang bijak, cantik/kacak. -Jahiliah morden isteri dijadikan habuan untuk tender.
3) Sekumpulan lelaki kurang 10 orang akan menyetubuhi seorang perempuan bergilir-gilir dan apabila hamil dan beranak akan dihantar utusan kpd semua lelaki tadi -dikumpulkan dan perempuan akan memilih salah seorg untuk dinasabkan kepada anak tersebut. Jahiliah morden sekumpulan lelaki akan kenduri sex dan anak dibuang kedalam tong sampah..
4) Perempuan akan meletakkan papan tanda diluar rumahnya memberitahu orang yang lalu lalang boleh menggaulinya dengan tujuan untuk mendapat anak.. apabila bersalin lelaki yang hampir wajahnya akan menjadi bapa kepada anak tersebut. Jahiliah morden rumah-rumah sundal dan pelacuran berdiri megah merata tempat.. anak2 yang terhasil.. tidak siapa yang tahu nasibnya...
infor ini diperolehi dari kuliah magrib di mesjid Fatimah Al-Zaharah Tmn Kosas pd 20hb June 2009 (setahun yang lalu) untuk renungan bersama.." TIDAK AKAN TERJADINYA KIAMAT KECUALI KEPADA SEJAHAT=JAHAT UMAT".. Didik lah anak-anak kita supaya beriman dan bertakwa kepada Allah kerana sebenarnya JAHILIAH MORDEN BERADA DIKELILING KITA.