*||* HOME *||* MY TAGGED *||* MYSPACE *||* MY FS *||* MY FB *||*

TinggaLkan Komen Anda Di Sini

Wings ( Joe Wings )


MusicPlaylistRingtones

SALAM UKHUWAH SALAM PERKENALAN

ISTI'NAF HAYATUL ISLAM

Kita ketahui menerapkan Islam secara menyeluruh merupakan suatu kewajiban. Ini tidak akan dapat dijalankan sepenuhnya tanpa kekuasaan dan Khilafah Islam merupakan satu-satunya bentuk kekuasaan yang sah di sisi syara'. Kini Khilafah tidak wujud. Mewujudkan Khilafah menjadi suatu kewajiban dan tanpa jamaah, kewajiban ini tidak akan dapat dijalankan. Dan selagi jamaah ini masih belum berjaya menegakkan Khilafah, maka di atas setiap pundak kaum Muslimin ada kewajiban untuk bersama-sama MENEGAKKAN ISLAM.

Kami hanyalah pemuda-pemuda yang inginkan keadaan aman damai, penuh keberkatan penuh, keadilan, dan jaminan ketenteraman dengan keindahan-keindahan yang datangnya dari islam.

Keindahan ini pada ketika dulu kita miliki "ISLAM YA'LU WALA YU'LA ALAIH" dahulunya kita dapat rasakan bersama. 1300 tahun. 14 abad kita pernah mengengam 2/3 dunia. Tp kini ianya pudar ditelan zaman. Lapuk dek usia. Islam kini hanya tinggal pada namanya...

X dapat dibayangkan bagaimana rasanya bila generasi kita akan datang, anak cucu cicit kita hidup makmur, aman tenteram, terjaga atau terjamin kehormatan mereka, tiada lagi penindasan terhadap islam, tiada lagi batasan terhadap mengembangkan islam, dan yang paling penting umat NABI MUHAMMAD INI KEMBALI BERSATU HATI, PEMERSATUAN SELURUH UMMAH BERLAKU DIHADAPAN MATA DENGAN KEHIDUPAN YANG MENERAPKAN ISLAM DAN SEGALA SISTEMNYA SERATUS PERATUS SEPERTI MANA SERUAN YANG TURUN DARI LANGIT (WAHYU @ KALAM ALLAH) ,

Sedarlah wahai saudara-saudaraku JANJI ALLAH ITU PASTI, JANJI RASUL ITU PASTI. IANYA AKAN SEGERA TEGAK BERDIRI, MENGUKUHKAN ISLAM YANG DULUNYA MATI, MENYELAMATKAN UMAT DARI PERKARA MERUSAK DIRI, MENYELAMATKAN PEMERINTAH DARI MENJADI BAKARAN API.

SESUNGGUHNYA SAAT ITU SEMAKIN HAMPIR.N AKAN SEMAKIN HAMPIR LAGI DENGAN DUKUNGAN SELURUH UMAT ISLAM YANG PENTINGKAN PEMERSATUAN UMMAH DAN PENEGAKKAN SYARIAH.

Kami menyeru kepada seluruh umat islam, tokoh-tokoh islam, pejuang-pejuang islam, pengembang-pengembang syariat islam, para pemerintah tertinggi, para ilmuwan yang sejati, para kedoktoran yang berpekerti, para pelajar yang tercari-cari, para penduduk perkotaan, pendesaan.

Saturday, January 9, 2010

PERJUANGAN GSM


Assalamualaikum....
Gerakan Selendang Merah dilahirkan oleh Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selendang Merah Malaysia. Selendang Merah bukan suatu perkara sebutan yg baru bagi masyarakat melayu. Ianya telah diilhamkan oleh seorang pahlawan melayu sekitar tahun 1945 dalam menentang kezaliman komunis di bumi Melayu. Kini ianya dibangkitkan kembali dibawah bimbingan Tok Ayah, Datuk Hj Baharom bin Hj Kamari yg membawa wadah perjuangan yg baru. Tujuan GSM diwujudkan adalah untuk membantu dalam usaha memperkasa jatidiri Melayu dan menyedarkan bangsa Melayu akan perjuangan yg tak pernah selesai. Mungkin ramai dikalangan kita terkeliru, sama ada GSM ini merupakan sebuah pertubuhan "Tiga Line" atau sebagainya.
TIDAK.......GSM bukan sebuah pertubuhan yg menjalankan aktiviti gansterism atau sebagainya yg terlarang teruatamanya dalam syariat islam.
GSM ini terbina berdasarkan 5 prinsip iaitu 1. Memperkasa ilmu Jatidiri Melayu melalui latihan Seni Silat Kuntau Selendang Merah, 2. Memperkasa ekonomi Melayu melalui usaha dalam bidang perniagaan kecil-kecilan hinggalah besar-besaran. 3. Memperkasa Persaudaraan merangkumi aspek keselamatan diri, keluarga dan ahli-ahli. 4. Memperkasa usaha Dakwah sebagai penyambung usaha Nabi Muhammad saw dan 5. Memperkasa aktiviti berkumpulan atau berjemaah. Kita mungkin serupa tetapi pengisiannya amat berbeza.
Setiap ahli jemaah wajib berbaiah, ianya merupakan peringatan kembali ikatan kesetiaan kepada Agama Allah, Bangsa Melayu dan Bumi Melayu. Baiah ini dilafazkan oleh ahli-ahli didepan Guru Utama (Tok Ayah) atau wakil yg dilantik disaksikan oleh jemaah yg hadir. Baiah ini juga sebagai peringatan kepada ahli-ahli agar tidak belot pada agama, bangsa dan negaranya sendiri. Contohnya penglibatan remaja dalam kes ragut umpanya menunjukkan kurangnya jatidiri dalam diri seseorang sehingga mudah terpengaruh dengan kerja kotor tersebut. Yang sedihnya ibubapalah yg dipersalahkan. Ini lah yg dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan anak menjadi tempat bergantung ketika tua tetapi menyusahkan dan sebaliknya.
Kesimpulannya semoga dengan penerangan yg mudah ini dapat memperbaiki tanggapan sesetengah pihak dimana GSM cuba disalah ertikan. Seperti yg dikatakan "KITA MUNGKIN SERUPA TETAPI ISI KITA BERBEZA".
Selamat berjuang bersama GSM.....

No comments: