*||* HOME *||* MY TAGGED *||* MYSPACE *||* MY FS *||* MY FB *||*

TinggaLkan Komen Anda Di Sini

Wings ( Joe Wings )


MusicPlaylistRingtones

SALAM UKHUWAH SALAM PERKENALAN

ISTI'NAF HAYATUL ISLAM

Kita ketahui menerapkan Islam secara menyeluruh merupakan suatu kewajiban. Ini tidak akan dapat dijalankan sepenuhnya tanpa kekuasaan dan Khilafah Islam merupakan satu-satunya bentuk kekuasaan yang sah di sisi syara'. Kini Khilafah tidak wujud. Mewujudkan Khilafah menjadi suatu kewajiban dan tanpa jamaah, kewajiban ini tidak akan dapat dijalankan. Dan selagi jamaah ini masih belum berjaya menegakkan Khilafah, maka di atas setiap pundak kaum Muslimin ada kewajiban untuk bersama-sama MENEGAKKAN ISLAM.

Kami hanyalah pemuda-pemuda yang inginkan keadaan aman damai, penuh keberkatan penuh, keadilan, dan jaminan ketenteraman dengan keindahan-keindahan yang datangnya dari islam.

Keindahan ini pada ketika dulu kita miliki "ISLAM YA'LU WALA YU'LA ALAIH" dahulunya kita dapat rasakan bersama. 1300 tahun. 14 abad kita pernah mengengam 2/3 dunia. Tp kini ianya pudar ditelan zaman. Lapuk dek usia. Islam kini hanya tinggal pada namanya...

X dapat dibayangkan bagaimana rasanya bila generasi kita akan datang, anak cucu cicit kita hidup makmur, aman tenteram, terjaga atau terjamin kehormatan mereka, tiada lagi penindasan terhadap islam, tiada lagi batasan terhadap mengembangkan islam, dan yang paling penting umat NABI MUHAMMAD INI KEMBALI BERSATU HATI, PEMERSATUAN SELURUH UMMAH BERLAKU DIHADAPAN MATA DENGAN KEHIDUPAN YANG MENERAPKAN ISLAM DAN SEGALA SISTEMNYA SERATUS PERATUS SEPERTI MANA SERUAN YANG TURUN DARI LANGIT (WAHYU @ KALAM ALLAH) ,

Sedarlah wahai saudara-saudaraku JANJI ALLAH ITU PASTI, JANJI RASUL ITU PASTI. IANYA AKAN SEGERA TEGAK BERDIRI, MENGUKUHKAN ISLAM YANG DULUNYA MATI, MENYELAMATKAN UMAT DARI PERKARA MERUSAK DIRI, MENYELAMATKAN PEMERINTAH DARI MENJADI BAKARAN API.

SESUNGGUHNYA SAAT ITU SEMAKIN HAMPIR.N AKAN SEMAKIN HAMPIR LAGI DENGAN DUKUNGAN SELURUH UMAT ISLAM YANG PENTINGKAN PEMERSATUAN UMMAH DAN PENEGAKKAN SYARIAH.

Kami menyeru kepada seluruh umat islam, tokoh-tokoh islam, pejuang-pejuang islam, pengembang-pengembang syariat islam, para pemerintah tertinggi, para ilmuwan yang sejati, para kedoktoran yang berpekerti, para pelajar yang tercari-cari, para penduduk perkotaan, pendesaan.

Saturday, January 9, 2010

Sejarah Pengenalan PSSKSM


Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selendang Merah Malaysia atau dikenali dengan nama Gerakan Selendang Merah telah didaftarkan pada 5 Januari 2000 di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan WPKL. Pertubuhan ini diasaskan oleh Yang Berbahagia Datuk Hj Baharom bin Hj Kamari selaku Guru Utama dan Penaung. Pertubuhan ini mencakupi gerakan beladiri, dakwah, persaudaraan dan keselamatan, ekonomi, sosial dan perkembangan ilmu pengetahuan serta membina rangkaian.
Tujuan utama Gerakan Selendang Merah ialah menyatupadukan Bangsa Melayu berteraskan semangat Jati Diri sejati (semangat jihad) bangsa Melayu. Semangat jihad ini diwarisi dari perjuang-perjuang Islam khususnya daripada bangsa Melayu itu sendiri iaitu Kiyai Panglima Hj Salleh (Kiyai Salleh), panglima tentera selempang merah atau selendang merah yang menentang komunis di Tanah Melayu. Perjuangan Panglima Kiyai Salleh telah mendaulatkan maruah Agama Islam serta Bangsa Melayu dari ancaman Komunis da kuncu-kuncunya.
Pemupukan Semangat Jatidiri sejati (Semangat Jihad) dimulakan dengan aktiviti beladiri iaitu Seni Silat Kuntau Selendang Merah. Gerak Silat ini merupakan gerakan yang mudah dipelajari, cepat mahir dan mampu membela diri dari ancaman musuh dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran. Ia juga meningkatkan keyakinan diri yang sejati.
Pertubuhan ini yakin ramai orang-orang Melayu mempunyai semangat jatidiri sejati. Ianya mampu disatukan semula dengan lebih terancang demi perjuangan Agama, Bangsa dan Negara yang tercinta….

No comments: