*||* HOME *||* MY TAGGED *||* MYSPACE *||* MY FS *||* MY FB *||*

TinggaLkan Komen Anda Di Sini

Wings ( Joe Wings )


MusicPlaylistRingtones

SALAM UKHUWAH SALAM PERKENALAN

ISTI'NAF HAYATUL ISLAM

Kita ketahui menerapkan Islam secara menyeluruh merupakan suatu kewajiban. Ini tidak akan dapat dijalankan sepenuhnya tanpa kekuasaan dan Khilafah Islam merupakan satu-satunya bentuk kekuasaan yang sah di sisi syara'. Kini Khilafah tidak wujud. Mewujudkan Khilafah menjadi suatu kewajiban dan tanpa jamaah, kewajiban ini tidak akan dapat dijalankan. Dan selagi jamaah ini masih belum berjaya menegakkan Khilafah, maka di atas setiap pundak kaum Muslimin ada kewajiban untuk bersama-sama MENEGAKKAN ISLAM.

Kami hanyalah pemuda-pemuda yang inginkan keadaan aman damai, penuh keberkatan penuh, keadilan, dan jaminan ketenteraman dengan keindahan-keindahan yang datangnya dari islam.

Keindahan ini pada ketika dulu kita miliki "ISLAM YA'LU WALA YU'LA ALAIH" dahulunya kita dapat rasakan bersama. 1300 tahun. 14 abad kita pernah mengengam 2/3 dunia. Tp kini ianya pudar ditelan zaman. Lapuk dek usia. Islam kini hanya tinggal pada namanya...

X dapat dibayangkan bagaimana rasanya bila generasi kita akan datang, anak cucu cicit kita hidup makmur, aman tenteram, terjaga atau terjamin kehormatan mereka, tiada lagi penindasan terhadap islam, tiada lagi batasan terhadap mengembangkan islam, dan yang paling penting umat NABI MUHAMMAD INI KEMBALI BERSATU HATI, PEMERSATUAN SELURUH UMMAH BERLAKU DIHADAPAN MATA DENGAN KEHIDUPAN YANG MENERAPKAN ISLAM DAN SEGALA SISTEMNYA SERATUS PERATUS SEPERTI MANA SERUAN YANG TURUN DARI LANGIT (WAHYU @ KALAM ALLAH) ,

Sedarlah wahai saudara-saudaraku JANJI ALLAH ITU PASTI, JANJI RASUL ITU PASTI. IANYA AKAN SEGERA TEGAK BERDIRI, MENGUKUHKAN ISLAM YANG DULUNYA MATI, MENYELAMATKAN UMAT DARI PERKARA MERUSAK DIRI, MENYELAMATKAN PEMERINTAH DARI MENJADI BAKARAN API.

SESUNGGUHNYA SAAT ITU SEMAKIN HAMPIR.N AKAN SEMAKIN HAMPIR LAGI DENGAN DUKUNGAN SELURUH UMAT ISLAM YANG PENTINGKAN PEMERSATUAN UMMAH DAN PENEGAKKAN SYARIAH.

Kami menyeru kepada seluruh umat islam, tokoh-tokoh islam, pejuang-pejuang islam, pengembang-pengembang syariat islam, para pemerintah tertinggi, para ilmuwan yang sejati, para kedoktoran yang berpekerti, para pelajar yang tercari-cari, para penduduk perkotaan, pendesaan.

Sunday, October 31, 2010

Dosa Mengumpat

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. " Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. " wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : " Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.

Maka, dia berkata kepada Allah " Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :" Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

RELEVANNYA SILAT MASAKINI

Silat merupakan satu sumber warisan bangsa Melayu yang tidak boleh dinafikannya lagi sejak berzaman. Silat juga merupakan kaedah jati diri yang melahirkan pahlawan-pahlawan unggul seperti, Laksamana Hang Tuah, Dato Maharajalela, Datuk Bahaman dan lain-lain lagi. Suatu ketika dahulu, masyarakat amat memandang tinggi terhadap ketinggian ilmu seseorang termasuklah ilmu Agama Islam dan ilmu persilatan. Tidak kira aliran mana silat seseorang itu, tentunya akan diisi dengan ilmu tauhid yang menjadi pegangan setiap pesilat untuk berjalan dijalan yang lurus sebagaimana digariskan dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Penguasaan silat dizaman dahulu akan menjadikan taraf hidup seseorang itu berubah contohnya Laksamana Hang Tuah, beliau yang berasal dari keluarga hamba rakyat diangkat menjadi bangsawan kerana ilmu persilatan yang tinggi beliau dan berjaya mempertahankan maruah dirinya, bangsanya, agama dan tanah airnya yang tercinta daripada pengganas/ lanun.


Ajaran Islam yang berkonsepkan tauhid kepada Allah swt merupakan paksi utama dalam melahirkan jati diri seseorang. Inilah yang dikatakan oleh Dr Hamka (ulamak tersohor) bahawasanya silat itu lahirnya daripada perkataan solat. Didalam solat kita diajar tentang tertib dan hukum dalam memenuhi tuntutan rukun islam tersebut. Terdapat syarat yang perlu dipatuhi dan setiap perbuatan yang dilakukan dalam solat dan hal ini telah diadaptasikan kepada silat. Jati diri yang terbaik adalah kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dan ini memang tidak boleh diragui lagi kerana ianya telah berjaya dan terbukti sejak zaman dahulu kala lagi. Tetapi apa dah jadi masa kini???

Silat kini dipandang sepi oleh sesetengah orang yang sedihnya ianya dipinggirkan oleh remaja sendiri yang dah tentu akan menjadi penyambung kekuatan warisan bangsa Melayu kelak. Dalam hal ini kemodenan tidak boleh dianggap sebagai satu yang mengganggu gugat keutuhan persilatan melayu. Tetapi ianya berpunca dari dalaman institusi silat itu sendiri. Kita sering dengar di dada akhbar sikap kebiadapan orang silat atau jurulatihnya. Penglibatan golongan silat ini didalam jenayah makin membimbangkan yang menakutkannya lagi terlibat dengan jenayah cabul, rogol, samun dan sebagainya lagi. Ini semua menyumbang faktor silat itu tidak relevan sebagaimana yang diwar-warkan. Jikalau tiada orang-orang silat sendiri bertindak kepada pemulihan nama silat ia akan lebih dipandang hina oleh masyarakat kelak. Sebagai orang silat tak kira dimana, apa aliran sekalipun kita kena bersatu membantu satu sama lain dalam memulihkan nama dunia persilatan kita. Sikap pentingkan diri sendiri harus dihakis dan dibentuk dengan sikap sebagaimana yang diajarkan dalam asas agama Islam.

Marilah kita semua menghayati perjuangan pahlawan-pahlawan kita terdahulu dalam memertabatkan maruah bangsa melayu hingga kini. Kita wajib menjaganya agar ianya tidak dirosakkan dan hilang ditelan zaman.

PESANAN NABI UNTUK UMAT AKHIR ZAMAN

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkata : Telah manasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yang menggentarkan hati kami dan kami menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasullullah ! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : Aku berwasiat akan kamu supaya bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisiahan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Al- Rasyidin Al Mahyidin (Khalifah-khalifah yang mengetahu kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah pekara-pekara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat"

Khasiat Buah Goji

** KHASIAT BUAH GOJI ASLI **
1. membantu sistem penghadaman
2.meningkatkan keceriaan dan semangat anda
3.menghilangkan tekanan dan gelisah
4.membantu mengurangkan batuk kering yang kronik
5.meningkatkan memori dan memulih ingatan
6.menyokong fungsi buah pinggang
7. menguatkan otot dan tulang
8.meningkatkan kesuburan
9.menghalang loya dipringkat awal mengandung
10.merawat simptom-simptom menaupause
11.menyokong fungsi hati yang sihat
12. mengaktifkan fungsi enzim anti-radang
13.meningkatkan limfosit
14.membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel merah, sel-sel putih, platelet, dan
rawatan sum-sum tulang
15.mengurangkan kesan toksik kemotrapi dan radiasi
16.menghalang tumbuhbesar tumor
17.menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan
kanser)
18.digunakan sebagai rawatan kanser
19.meningkatkan respon imunisasi (T-cell, IL-2, IgA, IgG)
20.meningkatkan halangan kepada penyakit

Renungan Bersama


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "


"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "


"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.


Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "


"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"


"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

" Ya Allah janganlah kau palingkan kami dari hidayahmu setelah engkau berikan petunjuk.."
   Amin Ya Rabbal A'lamin

Perempuan Di Zaman Jahiliah

- Perempuan zaman jahiliah mempunyai kebebasan mengatakan haknya dan mempunyai kuasa menentukan
   peperangan.
- Penyanyi dihormati dan dipuji-puji
- Perkelahian yang disebabkan perempuan terjadi dimerata tempat.
- Perempuan dibawa berperang dan dijadikan habuan kepada yang menang
- Lelaki boleh berkahwin dengan seberapa banyak yang boleh
- Berkahwin dua beradik dalam satu masa
- Menggauli bekas ibu mertua malah dengan ibu kandung sendiri
- Talaq tidak punya had
- Zina berleluasa - orang2 jahiliah mengganggap zina tidak bersalah dan menakutkan.

PERKAHWINAN ZAMAN JAHILIAH ADA 4 CARA
1) Perkahwinan seperti hari ini... ada peminangan dan seterusnya berkahwin hanya bagi golongan bangsawan.
2) Seorang suami akan menyuruh isterinya pergi kpd seorg lelaki yang dipersetujui oleh suami, isteri akan balik apabila mengandung dan barulah sisuami mengauli isterinya dgn tujuan unt. mendapat anak yang bijak, cantik/kacak. -Jahiliah morden isteri dijadikan habuan untuk tender.
3) Sekumpulan lelaki kurang 10 orang akan menyetubuhi seorang perempuan bergilir-gilir dan apabila hamil dan beranak akan dihantar utusan kpd semua lelaki tadi -dikumpulkan dan perempuan akan memilih salah seorg untuk dinasabkan kepada anak tersebut. Jahiliah morden sekumpulan lelaki akan kenduri sex dan anak dibuang kedalam tong sampah..
4) Perempuan akan meletakkan papan tanda diluar rumahnya memberitahu orang yang lalu lalang boleh menggaulinya dengan tujuan untuk mendapat anak.. apabila bersalin lelaki yang hampir wajahnya akan menjadi bapa kepada anak tersebut. Jahiliah morden rumah-rumah sundal dan pelacuran berdiri megah merata tempat.. anak2 yang terhasil.. tidak siapa yang tahu nasibnya...

infor ini diperolehi dari kuliah magrib di mesjid Fatimah Al-Zaharah Tmn Kosas pd 20hb June 2009 (setahun yang lalu) untuk renungan bersama.." TIDAK AKAN TERJADINYA KIAMAT KECUALI KEPADA SEJAHAT=JAHAT UMAT".. Didik lah anak-anak kita supaya beriman dan bertakwa kepada Allah kerana sebenarnya JAHILIAH MORDEN BERADA DIKELILING KITA.

Saturday, January 9, 2010

Sejarah Pengenalan PSSKSM


Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selendang Merah Malaysia atau dikenali dengan nama Gerakan Selendang Merah telah didaftarkan pada 5 Januari 2000 di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan WPKL. Pertubuhan ini diasaskan oleh Yang Berbahagia Datuk Hj Baharom bin Hj Kamari selaku Guru Utama dan Penaung. Pertubuhan ini mencakupi gerakan beladiri, dakwah, persaudaraan dan keselamatan, ekonomi, sosial dan perkembangan ilmu pengetahuan serta membina rangkaian.
Tujuan utama Gerakan Selendang Merah ialah menyatupadukan Bangsa Melayu berteraskan semangat Jati Diri sejati (semangat jihad) bangsa Melayu. Semangat jihad ini diwarisi dari perjuang-perjuang Islam khususnya daripada bangsa Melayu itu sendiri iaitu Kiyai Panglima Hj Salleh (Kiyai Salleh), panglima tentera selempang merah atau selendang merah yang menentang komunis di Tanah Melayu. Perjuangan Panglima Kiyai Salleh telah mendaulatkan maruah Agama Islam serta Bangsa Melayu dari ancaman Komunis da kuncu-kuncunya.
Pemupukan Semangat Jatidiri sejati (Semangat Jihad) dimulakan dengan aktiviti beladiri iaitu Seni Silat Kuntau Selendang Merah. Gerak Silat ini merupakan gerakan yang mudah dipelajari, cepat mahir dan mampu membela diri dari ancaman musuh dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran. Ia juga meningkatkan keyakinan diri yang sejati.
Pertubuhan ini yakin ramai orang-orang Melayu mempunyai semangat jatidiri sejati. Ianya mampu disatukan semula dengan lebih terancang demi perjuangan Agama, Bangsa dan Negara yang tercinta….

PERJUANGAN GSM


Assalamualaikum....
Gerakan Selendang Merah dilahirkan oleh Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selendang Merah Malaysia. Selendang Merah bukan suatu perkara sebutan yg baru bagi masyarakat melayu. Ianya telah diilhamkan oleh seorang pahlawan melayu sekitar tahun 1945 dalam menentang kezaliman komunis di bumi Melayu. Kini ianya dibangkitkan kembali dibawah bimbingan Tok Ayah, Datuk Hj Baharom bin Hj Kamari yg membawa wadah perjuangan yg baru. Tujuan GSM diwujudkan adalah untuk membantu dalam usaha memperkasa jatidiri Melayu dan menyedarkan bangsa Melayu akan perjuangan yg tak pernah selesai. Mungkin ramai dikalangan kita terkeliru, sama ada GSM ini merupakan sebuah pertubuhan "Tiga Line" atau sebagainya.
TIDAK.......GSM bukan sebuah pertubuhan yg menjalankan aktiviti gansterism atau sebagainya yg terlarang teruatamanya dalam syariat islam.
GSM ini terbina berdasarkan 5 prinsip iaitu 1. Memperkasa ilmu Jatidiri Melayu melalui latihan Seni Silat Kuntau Selendang Merah, 2. Memperkasa ekonomi Melayu melalui usaha dalam bidang perniagaan kecil-kecilan hinggalah besar-besaran. 3. Memperkasa Persaudaraan merangkumi aspek keselamatan diri, keluarga dan ahli-ahli. 4. Memperkasa usaha Dakwah sebagai penyambung usaha Nabi Muhammad saw dan 5. Memperkasa aktiviti berkumpulan atau berjemaah. Kita mungkin serupa tetapi pengisiannya amat berbeza.
Setiap ahli jemaah wajib berbaiah, ianya merupakan peringatan kembali ikatan kesetiaan kepada Agama Allah, Bangsa Melayu dan Bumi Melayu. Baiah ini dilafazkan oleh ahli-ahli didepan Guru Utama (Tok Ayah) atau wakil yg dilantik disaksikan oleh jemaah yg hadir. Baiah ini juga sebagai peringatan kepada ahli-ahli agar tidak belot pada agama, bangsa dan negaranya sendiri. Contohnya penglibatan remaja dalam kes ragut umpanya menunjukkan kurangnya jatidiri dalam diri seseorang sehingga mudah terpengaruh dengan kerja kotor tersebut. Yang sedihnya ibubapalah yg dipersalahkan. Ini lah yg dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan anak menjadi tempat bergantung ketika tua tetapi menyusahkan dan sebaliknya.
Kesimpulannya semoga dengan penerangan yg mudah ini dapat memperbaiki tanggapan sesetengah pihak dimana GSM cuba disalah ertikan. Seperti yg dikatakan "KITA MUNGKIN SERUPA TETAPI ISI KITA BERBEZA".
Selamat berjuang bersama GSM.....